Sunday, January 27, 2019

MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN – BOLEH ATAU TIDAK?


Kakak seringkali mendengar dan membaca tentang “sila jangan jaga tepi kain orang lain” atau “mind your own business”

*Tutup mata tak nak tengok...
**Picture credit : 
nunikutami.com - freeepik.com

Kakak sendiri, bila ada yang menyibuk hal kakak, akan kakak ungkapkan juga kata-kata itu. Aah…apa bezanya kakak dengan mereka?

*Hamboi....hakak...hihi
**Picture credit : vector stock

Tetapi bila kakak mendengar luahan perasaan dari kawan-kawan yang suami mereka abaikan isteri dan anak-anak, atau kakak melihat kanak-kanak dan remaja yang kelihatan terumbang ambing hidupnya, kakak tertanya-tanya sejauh manakah “sila jangan jaga tepi kain orang lain” itu terpakai.

Pernah tak you all terfikir perkara yang kakak fikir ni? Sebenarnya apa patut kita buat ya?

*Sebenarnya takde lah kakak stress sangat berfikir macam ni
**Picture credit : pngtree

Bila ada kawan-kawan kakak yang merupakan isteri-isteri yang diabaikan ni membuat luahan perasaan kepada kakak, naluri ultraman yang berada dalam jiwa kakak ni meronta-ronta nak membantu.

Ingin saja rasanya kakak membawa masalah mereka ni ke pejabat agama untuk membuat rujukan. Tapi golongan isteri yang masih sayang kan suami ni akan menahan kakak dari melakukannya.

*Tangan berwarna-warni yang menghalang kakak

Kata mereka, “Usah lah cerita ini dipanjangkan ke mana-mana. Aku hanya ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati,” Sambil mereka meneruskan luahan perasaan mereka tentang duit tak cukup, anak-anak terabai dan sebagainya.

**Picture credit : movieweb

Seringkali jugak kakak muhasabah diri kakak. Kenapa kakak sering dijadikan sebagai kaunter aduan untuk masalah rumah tangga?

Mungkin jugak kerana kakak seorang yang cepat bersimpati? Atau sebab kakak ni pelupa? Lepas dengar, mesti tak pandai nak cerita kan balik…hehe. Atau juga kakak mempunyai gaya seorang kaunselor?

Gigih sel-sel otak kakak berhubung untuk mencari jawapan bagi persoalan ini. Namun kehampaan yang kakak temui.

*Ish...ish...sampai hilang mata, hidung dan mulut kakak berfikir...hihi
**Picture credit : guidedpath edge

Sejujurnya, kakak terlalu bersimpati terutama bila mendengar cerita tak cukup duit nak beli susu dan pampers anak. Kakak sungguh faham situasi berada dalam kesempitan kewangan. Kerana sebagai insan biasa, kakak juga pernah mengalami masalah itu.

Syukurlah kakak hanya perlu mengikat perut kakak sendiri saja. Walaupun ia tidak menjadikan pinggang kakak ramping bak kerengga merah yang sakit gigitannya itu.

*Kau jangan nak libatkan aku dalam hal ni
**Picture credit : pinterest

Ingin saja kakak lari keliling dunia dan memberitahu kepada para suami dan ayah, “Jangan abaikan isteri dan anak anda,” Ingin saja kakak memberi ceramah motivasi percuma kepada penjenayah-penjenayah rumah tangga ini.

Namun…harus kakak sedari, kakak TIDAK BOLEH MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN.

**Picture credit : 123RF.com and pngtree.com


Lalu apa lagi yang harus kakak lakukan? Ingin membantu dari segi kewangan, berapa saja lah sangat kakak dapat membantu? Kalau dapat bantu pada bulan ini, bagaimana dengan bulan depan?

Keinginan kakak untuk mengetahui sejauh manakah batasan kita untuk tidak menjaga tepi kain orang lain kini semakin membuak-buak. Sudah tidak dapat dibendung lagi.

Lalu kakak gerakkan jari jemari kakak menaip satu per satu huruf di blog yang sudah lama kakak tinggalkan ini.

*Ini bukan jari kakak
**Picture credit : wikiHow

Harapan kakak semoga semua kita termasuk di luar sana sentiasa berada dalam kebahagian dan dalam rahmat Allah.

Marilah juga kita sama-sama berdoa untuk saudara muslim kita yang sedang menderita di negara mereka akibat penindasan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka.

No comments:

Post a Comment