Friday, October 12, 2012

Punyalah Minat Kat KRU


Punyalah minat kat KRU – dalam bilik tidur penuh poster KRU. Ada poster tu siap ada signature tulen KRU tau. Kalau ada sedara atau kawan datang rumah, ajak diorang lepak bilik. Nak show off la katakan.

Punyalah minat kat KRU – Sanggup ikat perut nak jimat duit belanja untuk beli kaset KRU, majalah yang ada pasal KRU.

Punyalah minat kat KRU – Ada koleksi gambar2 KRU dari magazine & newspaper, siap ada file lagi. 4 file semuanya.

Punyalah minat kat KRU – Masa first time dapat bertentang mata ngan KRU (form 5), siap dapat bersalam lagi, punyalah happy. Baliknya, demam tak boleh bangun 3 hari.

Punyalah minat kat KRU – Masa time sekolah, nak gi show KRU, sanggup escape gotong royong. Cakap kat pengawas ada tuisyen. *sorry kakak2 pengawas*

Punyalah minat kat KRU – Ada sekali tu show KRU clash ngan bestfriend kiter punya dance show. Kiter cakap kat bestfren kiter, kiter tak dapat tgk show dia pasal kiter nak study nak SPM time tu. Tapi kantoi sebab kakak dia pun ada datang show KRU and nampak kiter naik stage bergambar ngan KRU. Terima kasih bestfrenku, Sera sebab tak marah. And sorry ye…hehehe

Punyalah minat kat KRU – Ketiga2 sekolah saya ada program permintaan lagu setiap kali waktu rehat. (sekolah rendah, menengah rendah and menengah atas). Kuota lagu setiap kali rehat adalah 3 – 4 lagu. Tapi salah satu mesti lagu KRU sebab kiter pagi2 akan hantar kaset kiter kat DJ. Kena bayar tau nak request lagu.

Punyalah minat kat KRU – kiter penah fikir nak jadi bibik kat rumah KRU. Time tu KRU masih bujang lagi lah. Konon senang nak skodeng anak bujang Uncle Halim and Aunty Zarina….hehehe

Punyalah minat kat KRU – kiter siap mimpi pasal KRU. Banyak kali. Penah kiter mimpi KRU jadi cikgu lukisan sebab masa tu kiter dapat tau Yusry suka melukis. Pastu mimpi KRU datang rumah lah dan banyak lagi mimpi KRU yang indah2.

Punyalah minat kat KRU – Form 4. Kiter penah mimpi kawin ngan satu budak yang kiter tak kenal. Dalam mimpi tu kita nangis tak nak kawin ngan dia. Sebab kiter nak kawin ngan Yusry…hahaha. Boleh pulak sampai termimpi.

Punyalah minat kat KRU – kiter sering membawa fenomena KRU ni ke mana saja berada. Sampaikan kawan2 kat sekolah, matrik & university kenal mendalam dengan KRU dan ada yang ikut kiter datang ke event KRU. Baru2 ni kiter telah berjaya menanamkan perasaan minat seorang budak berusia 7 tahun. Sekarang dia cakap, “saya pun dah ada artis kesukaan, KRU”…hehehe

Punyalah minat kat KRU – First photo dengan Yusry, kiter cuci banyak2. 1) simpan dalam wallet kiter 2) letak kat ruang tamu rumah, bagi orang nampak 3) tampal kat bilik di hostel…dan banyak lagi. Kalau boleh nak bagitau satu dunia kiter ambik gambar ngan Yusry.

Punyalah minat kat KRU – Semua teks book kiter dibalut dengan plastic tapi kiter selitkan gambar2 KRU di depan. Jadi kalau tercicir buku, tak payah tengok nama siapa, kawan2 pun tahu itu buku kiter. Satu hari lecturer fizik terjumpa buku kiter and angkat dalam kelas. Dia tanya, “buku sape ni?” Satu kelas jawab, “Azura”.

Punyalah minat kat KRU – Kiter suka pakai pencil box tin. Time sekolah rendah digunakan untuk ketuk kepala budak yang kacau kiter / yang kiter nak kacau…hehehe. Dah minat ngan KRU, kiter tampal gambar diorang dalam tu. Sumber inspirasi.

Punyalah minat kat KRU – kiter sanggup apply study kat KL / Selangor. Janji senang nak jumpa KRU. Kiter keje pun kat KL area.

Punyalah minat kat KRU – Zaman kad raya masih digunakan, kiter every year hantar kad raya kat KRU. Penah sekali KRU balas, kad tu jadi khazanah berharga dalam hidup kiter.

Punyalah minat kat KRU – Kiter selalu bagi hadiah. Jujur lah ye. Bagi kat Yusry…hehehe. Tiap kali birthday dia. Masa duk hostel, kiter paksa kawan temankan beli hadiah. Pastu resit kiter simpan. Konon kalau Yusry kawin orang lain, kiter nak claim balik. Tapi dah besar ni, tak de lah buat benda camtu. Kiter ikhlas.

Punyalah minat kat KRU – masa matrik kiter jadi instructor aerobic. Lagu2 yang digunakan semua lagu2 KRU. Pastu budak2 kata, ada lagu lain tak. Ok, kiter tukar. Tapi lagu2nya adalah lagu2 ELITE, X-Factor, Tyco…hehehe. Itu je kaset yang kiter ada masa tu. And kiter tak nak guna kaset orang lain. Sebab bukan KRURecord punya label…hehehe.

Punyalah minat kat KRU – tahun 2002, kat depan ofis KRU di setiawangsa masa open house raya kiter telah berlari2 dengan high heel dan meredah orang ramai yang berpusu2 nak jumpa KRU. Time tu KRU baru keluar kereta. Akhirnya, kiter berjaya ke depan. Terus nak ambik gambar Yusry. Tiba2, break tak makan. Jatuh terbaring depan Yusry *malu giler* Tapi dengan penuh gentleman nya Yusry tolong angkatkan kiter…hehehe. Pastu akibat kecederaan yang teruk di elbow kiter, terpaksa la pegi ke nearest pharmacy. Rupanya bukan setakat skin, isi pun terkoyak sikit. Hadui…rasa nak pitam. So, rehat kejap di masjid besar kat tepi jalan tu. Pastu dah petang sikit datang balik dalam keadaan tangan berbalut. Mission nak bergambar dgn KRU tak tercapai lagi kan. Tapi yang best nya, sebab Yusry ingat kiter yang jatuh depan dia tu. Masa tengah berebut2 nak ambik gambar ngan Yusry, dia pegi kat kiter dulu dan setelkan urusan fotoshoot kami…hehehe. Pas kejadian tu, adalah few months suffer. Sakit back bone tak leh gerak sangat. Tapi dah OK sekarang. Cuma scar kat elbow tu tetap dibiarkan. Scar terindah =)

Punyalah minat kat KRU – masa launching Cicakman di Times Square. Sebab tak sabar nak jumpa KRU, kiter park and terus pegi ke event tu. Masa nak balik, panic kete hilang. Sejam jugak lah cari. Pastu, kiter mengambil iktibar kejadian tersebut dgn mengambil gambar no parking dan menghafal pintu masuk yang digunakan kalau masuk shopping complex.

Punyalah minat kat KRU – walaupun mempunyai kesemua koleksi lagu2 KRU, kiter tetap akan kuatkan radio / berhenti untuk dengar sampai habis lagu KRU kat mana2 kiter terdengar lagu tu. Tak pernah bosan.

Punyalah minat kat KRU – tak boleh sape2 pun cakap negative sikit je pun pasal KRU. Kiter tak suke. Kiter marah orang tu.

Punyalah minat kat KRU – Kiter selalu berangan nak kawin ngan Yusry. Tapi dah besar dah ni takde lah macam tu lagi. Lagi pun Yusry dah kawin, kan.




Saturday, September 15, 2012

Kenapa Tuhan Jadikan Hati Kita Satu


Penah tak dengar ayat jiwang ni?

“Tuhan jadikan 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi jadikan 1 hati supaya kita mencari pasangannya.”

This phrase has caught my attention recently. Hehehe…of coz la idea yang a bit notty tapi bernas. Here are some of the ending yang dirasakan sesuai jugak.

Tuhan jadikan 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi jadikan 1 hati sebab kalau ada 2 hati dah banyak sangat feeling kita rasa. Satu hati pun susah nak handle.

Tuhan jadikan 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi jadikan 1 hati sebab kan dah ada satu otak untuk berfikir secara rasional. Balance dah tu.

Tuhan jadikan 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi jadikan 1 hati bukan untuk kita pertikaikan. Mulut pun satu je. Hidung pun satu je. Jantung pun satu. Tak pulak kita kisah.

Hehehe…itu je dari otak ku yg well known notty-notty ni. 



Friday, September 7, 2012

Lets Help Rohingya









I’m speechless. All I want to say is please help them in whatever way we can.

For those who interested to give contributions, you may contact Islamic Relief Malaysia or bank in directly to the below accounts.




And please pray for them.

Wednesday, September 1, 2010

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

Kelebihan Alam Nasyrah.

• Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

• Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

• Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

• Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.Surah Al-Inshirah / Alam Nasyrah.



Terjemahan:

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



-

Sunday, August 29, 2010

Ampuniku


Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan

Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa

Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku
Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga

Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku
Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa

Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan


From the deepest of my heart, when thinking of all the sins but Allah still gave me the best. I’m not a perfect person. Sometimes I’m strong but sometimes not. But, I’ll do my very best in my life.