Saje nak bagi title ala-ala drama. Aku merujuk kepada
diriku. Dia tu boleh jadi dentist, pembantu dentist, pakcik driver teksi atau
mana-mana watak yang muncul dalam cerita ni. Pendakap gigi atau braces adalah
besi2 comel yang pernah singgah dalam hidupku dan menemani perjalanan hidupku
selama 4 tahun lebih. Kalau ikut estimation dentist, dalam 3 tahun tu dah boleh
buka dah. Tapi disebabkan selalu delay review appointment, maka terdrag ke 4
tahun ++.
Tujuan penceritaan ini adalah nak bagi jawapan kepada soalan
yang sama tapi diberikan bertalu-talu dan bertubi-tubi oleh orang
disekelilingku. Soalan berbunyi, “Pakai braces sakit tak?” Jawapannya ialah
“Ye, sakit”.
Ouch!!! Sob...sob...
Ok, mari kita soroti kronologi pemakaian braces yang
dikatakan mampu mencantikkan senyuman di wajahmu, wajahku dan wajah mereka.
Mula-mula, kena jumpa dentist. Dia akan tengok samada gigi
& gusi kita tu layak tak dibuat decoration baru ala-ala Eric Leong
“Surprise!”.
Beliau takde kena-mengena dalam cerita ni. Tapi I harap you boleh surprisekan rumah I, Eric. I adore your creativeness
Nanti akan ada benda yang sejuk lembut ala-ala tanah liat
untuk membentuk acuan gigi asal. Masa ni, tak ada kesakitan langsung. Cuma,
debaran yang kuat di hati kerana tak tahu sakit ke tak & what will happen next.
So, what will happen next? Yes, seterusnya debaran hati akan bertambah kuat
kerana dentist mula memilih gigi mana yang akan mengorbankan dirinya demi
kebahagiaan rakan-rakan seangkatannya. Dalam erti kata lain, demi membolehkan
gigi-gigi lain berada di posisi yang dimahukan, beberapa batang gigi akan
dikorbankan untuk mewujudkan ruang kosong (atau dipanggil rongak sementara).
Nanti bila dah pakai braces, gigi akan masuk ke dalam dan mengisi kekosongan
yang ditinggalkan.
Jumlah gigi yang dicabut berbeza mengikut gigi
masing-masing. For myself, kena cabut 3 batang. Dua kat atas, satu kat bawah.
Nak cabut gigi, kena datang 2 kali ke dentist.
Mana dia budak nakal, kita cabut semua gigi dia...hehehe!!!
Kali pertama, cabut
gigi belah kanan. Atas dan bawah. Nak dijadikan cerita, gigi bawah tu amatlah
tak nak berpisah dengan tuannya ini. Sudah puas dipujuk, beliau tidak mahu juga
pergi. Daripada nervous, terus rasa nak gelak. Sebab dentist dah tarik2 guna
besi yang untuk cabut tu, kepala dah goyang2 180 darjah. Akhirnya perlawanan di
antara besi pencabut (tak tahu istilah sebenar, kita guna istilah orang kampong
je, ok) dan gigi kanan bawahku berakhir dengan kemenangan memihak kepada si
gigi. Sang besi pulak terpelanting ke sudut dinding klinik. Masa tu memang nak
tergelak tapi disebabkan bius yang semakin ditambah dosnya (akibat kedegilan
gigi tadi) menyebabkan bibir terasa sangat kembang dan tak dapat digerakkan.
Akhirnya, dentist membuat keputusan untuk membedah gusi dan mengeluarkan gigi
tersebut.
Akibat pembedahan kecil itu, darah mengalir keluar dari
mulut tanpa henti. Jadi, kapas yang tebal dimasukkan ke dalam mulut untuk serap
darah. Keluar je dari klinik, terus tahan teksi, nak minta hantar gi Carrefour
Subang. Nanti kawan ambik kat sana .
Masa tahan teksi, terus masuk duduk kat depan. Sebab kalau
duduk belakang tak boleh nak berkomunikasi dengan si dia a.k.a pemandu teksi.
Disebabkan mulut memang tak boleh digerakkan langsung, maka terus bagi bahasa
isyarat kat pemandu teksi untuk dapatkan kertas. Pemandu teksi tu pun bagi
newspaper and pen. Orang yang baru lepas cabut gigi tadi tulis lah nama tempat
yang hendak dituju. Pemandu teksi mengangguk dan ambik pen & newspaper tu.
Pastu dia tulis RM15 dan buat bahasa isyarat. Oh, no!!! Rupanya si dia ingat
bahawa diriku tidak boleh bercakap dan mendengar. Setelah sampai di Carrefour
Subang, dengan penuh susah payah cuba mengucapkan terima kasih
sambil menunjuk isyarat bahawa baru lepas cabut gigi. Pemandu teksi tu pun
senyum2.
Bila dah sampai Carrefour Subang tu, sementara menunggu
kawan yang habis kerja pukul 5, maka seronoklah berjalan mencuci mata di situ.
Terlupa yang baru lepas kehilangan dua batang gigi yang banyak berjasa
sepanjang hayatnya kepadaku. Bila penat, duduk kejap kat bangku sambil main
handphone. Tapi rasa pelik sebab ramai sungguh mata di Carrefour itu memandang
diriku tak kira apa jua yang ku lakukan. Samada tengah duduk, berjalan, belek2
barang. Tak kira tua muda, lelaki perempuan, dewasa kanak-kanak, cina melayu india .
Aah!!! Apakah seorang gadis yang baru kehilangan dua batang gigi tiba-tiba
nampak begitu cantik, bersinar-sinar dan bercahaya? Sungguh misteri pandangan
mereka sehingga diriku yang jenis tak peduli hal sekeliling ni jadi rasa sangat
tak selesa.
Tiba-tiba ternampaklah sehelai tudung yang cantik. Maka
gatallah tangan nak ambik dan cuba
letak di kepala. Masa berdiri depan cermin tu, baru perasan bahawasanya darah
telah mengalir keluar tanpa henti dari bibirku sehingga jatuh ke dagu dan
bajuku. Akibat dos bius yang belum hilang, kekebasan di bahagian mulut telah
menyebabkan diriku tidak merasa apa-apa tentang pengaliran darah tersebut.
Owh…malunya! Rupa-rupanya seluruh warga Carrefour Subang merasa pelik dan
hairan melihat drakula shopping di situ. Cheh!!! Nampak tak betapa window
shopping juga mampu membuatkan seorang wanita kehilangan arah dan lupa diri?
Eh, malu!!! Cepat2 pegi ke toilet untuk membersihkan diri.
Lepas tu terus menyopankan diri dan duduk diam-diam kat bangku tunggu kawan
datang ambik. Sambil2 tu tutup muka takut2 tertukar kepada watak drakula sekali
lagi.
Kiter malu tadi kiter kantoi kat Carrefour Subang. Jadi kita tutup muka separuh.
Akan bersambung di episode kedua…
*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.
*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.
Jangan lupa like page saya ye.
hahahaha this is actually funny
ReplyDelete