Wednesday, May 14, 2014

Aku, Dia Dan Pendakap Gigi (Episod 2)

Selepas beberapa hari, maka tiba giliran gigi atas sebelah kiri pula untuk dicabut. Bagi yang tak tahu apa yang berlaku beberapa hari sebelum tu, boleh klik kat sini (apa yang berlaku sebelum ni?)

Untuk gigi ni, dia tak degil sangat. Tak banyak kerenah masa dicabut. Ketakutan pun kurang sikit sebab dah tahu Klinik Pergigian Dr. Zaid yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam ni, tak sakit kalau kita buat rawatan gigi di sini. Sebab dia akan spray bius dulu sebelum injection. Pada hari tersebut tidak ada tragedi oktober mahupun sembilu yang berlaku kerana sudah mengambil iktibar dari kejadian lepas.

Selepas gigi dicabut, kena tunggu beberapa hari sebelum diletakkan benda2 kecik yang berbentuk segiempat tu di gigi. Benda tu tak memberatkan gigi. Juga tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Dentist kata nak bagi biasakan diri dengan kehadiran besi-besi tu sebelum rawatan yang sebenarnya. Mula-mula rasa pelik dan malu sebab ada benda warna hitam kat setiap batang gigi. Ditambah pulak dengan rongak.

Yang ni tak sakit langsung....hehehe...

Selepas 2 minggu, barulah dentist letak benda yang macam tali tu kat gigi. Disangkut pada besi2 kecik kat gigi tu. Tali tu nampak je halus tapi beratnya untuk ditanggung gigi. Ringan mata yang memandang, berat sungguh rasa gigi menanggung berat dan kesakitan. Terasa gigi ditolak ke dalam mulut. Sakitnya, macam kalau kita terlanggar gigi dengan mug. Tapi ni versi setiap batang gigi tu terasa sakit + kesakitan tu berpanjangan. Berhari-hari malah sepanjang masa.

Ok je...takde lah sakit sampai tak boleh bangun dari katil.

Untuk menambahkan lagi penderitaan itu (kisah benar ini tidak ditokoktambah, malah sungguh benar-benar terjadi), ulser dalam mulut muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sungguh meriah kehadiran mereka akibat terkejut dengan kemunculan pendatang asing di dalam mulut. Kepala pula berdenyut sakit sepanjang masa dek kerana tekanan pada gigi yang memaksa mereka bergerak ke dalam.

Penderitaan ini bertambah-tambah terutama ketika cuaca sejuk, waktu malam dan di dalam bilik aircon. Sakit sampai menangis tak kira di mana jua. Di ofis mahupun ketika nak tidur malam. Panadollah teman setia ketika itu untuk mengurangkan kesakitan. Tapi ini bukan cara yang patut dicontohi oleh anda. Saya yakin anda lebih tabah dari saya. Chaiyok!!! Anda boleh menahan kesakitan ini tanpa bantuan Encik Panadol.

Sebagai seorang yang kuat makan, suka makan dan sentiasa nak mengunyah, kepayahan menahan diri daripada makan adalah suatu penyiksaan yang amat pada diri. Nasib baik ada kawan ajar, blend makanan dan telan dengan straw. Sob…sob…Masa tu berat badan turun dari 43kg ke 38kg.

Tak kira!!! Nak makan jugak!!!

Namun begitu, penderitaan yang penuh penyiksaan itu adalah pada setahun pertama je. Tahun seterusnya, mulut dan warga di dalamnya sudah beradaptasi dengan pendakap gigi. Jadi kehidupan sudah mula normal. Cuma kalau setiap 6 minggu sekali kena ketatkan tali braces tu, masa tu sakitlah dalam 2 ke 3 hari.

Kiter tak faham kenapa kiter dijadikan model dalam citer ni sedangkan kiter takde gigi lagi. Maybe sebab kiter ada happy smile.

Sebenarnya, pemakaian braces bukanlah terlihat pada mata kasar iaitu di bahagian hadapan gigi sahaja. For my case, di bahagian lelangit di letakkan besi juga selama beberapa bulan. Kalau ada makanan terlekat kat situ, nak buang memang amat payah lah. Dah setel bab letak besi kat lelangit, kena pulak pakai rubber band yang disangkut kat gigi geraham atas bersambung ke gigi geraham bawah. (Takpe kalau tak dapat imagine). Masa ni mulut tak dapat dibuka luas. Kesopanan diri lebih terserlah ketika bercakap mahupun ketawa. Tapi masa makan kena buka takut tergigit rubber band. Pernahlah lupa buka, akibatnya getah tertanggal dan terlastik tepi mulut. Sakit….dush!!!

Sepanjang memakai braces, setiap kali lepas makan, kena cepat2 pegi depan cermin nak check samada ada makanan tersangkut tak kat celah2 besi. Kawan-kawan pun dah faham. Lepas makan, kena bagi ruang kat minah gigi besi ni buat pemeriksaan mulut kat washroom.

Antara pantang larang masa pakai braces ialah jangan mengerah tenaga gigi hadapan untuk mengoyakkan makanan. Maknanya, kalau makan tu jangan gigit dengan gigi hadapan. Hendaklah makanan tersebut dikoyak menggunakan jari-jemari atau pun potong kecik-kecik menggunakan sudu garfu atau pun pisau.

Bagi yang suka makan sate, sate tersebut boleh dicabut dari sticknya dan letak terus dalam kuah. Pastu guna sudu dan makan seperti makan bubur.

Apa yang best tentang pemakaian braces ni ialah, ada aksesori disediakan untuk mencantikkan braces. Ia berupa gelang-gelang kecik yang diikat pada setiap besi. Ada pelbagai pilihan warna. So, setiap kali review appointment (penukaran tali braces untuk mengetatkan lagi ikatan dan menolak lagi gigi ke dalam), akan bertukarlah color gigi…hehehe.

 
Ada pelbagai pilihan warna yang menarik...

Sepanjang proses penolakan gigi ke dalam, gigi dan gusi akan menjadi sensitif. Jadi jangan berkasar sangat dengan mereka. Haruslah mereka ini dibelai mesra dan diberi galakan untuk terus berjuang agar gigi sampai ke destinasi yang dimahukan. Masa berus gigi pun kena slow-slow. Gusi boleh terluka kalau kasar sangat.

Perkara yang paling mendebarkan ialah bila rawatan sampai ke penghujung di mana dentist membuat pengumuman penting bahawa jodoh antara si pemakai dengan pendakap gigi akan berakhir. Masa tu tertanya-tanya, macam mana lah rupa aku nanti.

Namun begitu, setelah berpisah secara rasmi, rawatan belum lagi berakhir. Kita kena pakai retainer untuk memastikan gigi kekal di dalam kedudukannya sekarang. Di gigi bawah, dentist gamkan dawai dari dalam. So, tak nampak dah lah besi dari luar bila senyum. Di gigi atas pula, dibuat sarung plastic yang harus dipakai setiap masa. Tapi masa makan kena buka. Rupanya seperti gigi palsu tak cukup sifat. Masa pakai tak nampak macam sedang pakai kerana ia berwarna lutsinar.

Comelkan gigi saya *smile*

Dengan ini sekian sahaja kisah perjalanan sekumpulan gigi dari hadapan ke dalam mulut. Secara tidak langsung perubahan rahang dan bentuk wajah juga berlaku.

Sebenarnya, kesakitan memakai braces tidaklah terlalu parah jika dibandingkan dengan penyakit-penyakit kronik yang lain. Ia adalah satu kesakitan yang mampu ditanggung. Apabila selesai tempoh rawatan, rasa macam tak percaya je dah melalui tempoh itu. Diingatkan bahawa kesakitan adalah pada 6 bulan pertama atau terdrag ke setahun pertama je. Seterusnya, dah ok dah. Sakit sikit-sikit je. So, jangan takut nak pakai braces, ok.

*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.


Jangan lupa like page saya ye.


4 comments:

  1. Salam.kalau gigi tindan macam mana?? terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Gigi saya dulu pun bertindan. Dentist letak besi kat lelangit. Jadi gigi tu tertolak ke tepi supaya sebaris dengan gigi yang lain.

      Delete
  2. Salam.boleh kah seseorang memakai pendakap gigi jika ada 2 batang gigi bertindan dan bertaring??

    ReplyDelete
  3. haha ni pun kelakar gak. but still informative

    ReplyDelete