Selepas beberapa hari, maka tiba giliran gigi atas sebelah
kiri pula untuk dicabut. Bagi yang tak tahu apa yang berlaku beberapa hari
sebelum tu, boleh klik kat sini (apa yang berlaku sebelum ni?)
Untuk gigi ni, dia tak degil sangat. Tak banyak kerenah masa
dicabut. Ketakutan pun kurang sikit sebab dah tahu Klinik Pergigian Dr. Zaid
yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam ni, tak sakit kalau kita buat rawatan gigi
di sini. Sebab dia akan spray bius dulu sebelum injection. Pada hari tersebut
tidak ada tragedi oktober mahupun sembilu yang berlaku kerana sudah mengambil
iktibar dari kejadian lepas.
Selepas gigi dicabut, kena tunggu beberapa hari sebelum
diletakkan benda2 kecik yang berbentuk segiempat tu di gigi. Benda tu tak
memberatkan gigi. Juga tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Dentist kata nak
bagi biasakan diri dengan kehadiran besi-besi tu sebelum rawatan yang
sebenarnya. Mula-mula rasa pelik dan malu sebab ada benda warna hitam kat
setiap batang gigi. Ditambah pulak dengan rongak.
Yang ni tak sakit langsung....hehehe...
Selepas 2 minggu, barulah dentist letak benda yang macam
tali tu kat gigi. Disangkut pada besi2 kecik kat gigi tu. Tali tu nampak je
halus tapi beratnya untuk ditanggung gigi. Ringan mata yang memandang, berat sungguh
rasa gigi menanggung berat dan kesakitan. Terasa gigi ditolak ke dalam mulut.
Sakitnya, macam kalau kita terlanggar gigi dengan mug. Tapi ni versi setiap
batang gigi tu terasa sakit + kesakitan tu berpanjangan. Berhari-hari malah
sepanjang masa.
Ok je...takde lah sakit sampai tak boleh bangun dari katil.
Untuk menambahkan lagi penderitaan itu (kisah benar ini
tidak ditokoktambah, malah sungguh benar-benar terjadi), ulser dalam mulut
muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sungguh meriah kehadiran mereka
akibat terkejut dengan kemunculan pendatang asing di dalam mulut. Kepala pula
berdenyut sakit sepanjang masa dek kerana tekanan pada gigi yang memaksa mereka
bergerak ke dalam.
Penderitaan ini bertambah-tambah terutama ketika cuaca
sejuk, waktu malam dan di dalam bilik aircon. Sakit sampai menangis tak kira di
mana jua. Di ofis mahupun ketika nak tidur malam. Panadollah teman setia ketika
itu untuk mengurangkan kesakitan. Tapi ini bukan cara yang patut dicontohi oleh
anda. Saya yakin anda lebih tabah dari saya. Chaiyok!!! Anda boleh menahan
kesakitan ini tanpa bantuan Encik Panadol.
Sebagai seorang yang kuat makan, suka makan dan sentiasa nak
mengunyah, kepayahan menahan diri daripada makan adalah suatu penyiksaan yang
amat pada diri. Nasib baik ada kawan ajar, blend makanan dan telan dengan
straw. Sob…sob…Masa tu berat badan turun dari 43kg ke 38kg.
Tak kira!!! Nak makan jugak!!!
Namun begitu, penderitaan yang penuh penyiksaan itu adalah
pada setahun pertama je. Tahun seterusnya, mulut dan warga di dalamnya sudah
beradaptasi dengan pendakap gigi. Jadi kehidupan sudah mula normal. Cuma kalau
setiap 6 minggu sekali kena ketatkan tali braces tu, masa tu sakitlah dalam 2
ke 3 hari.
Kiter tak faham kenapa kiter dijadikan model dalam citer ni sedangkan kiter takde gigi lagi. Maybe sebab kiter ada happy smile.
Sebenarnya, pemakaian braces bukanlah terlihat pada mata
kasar iaitu di bahagian hadapan gigi sahaja. For my case, di bahagian lelangit
di letakkan besi juga selama beberapa bulan. Kalau ada makanan terlekat kat situ, nak buang memang amat payah lah. Dah setel
bab letak besi kat lelangit, kena pulak pakai rubber band yang disangkut kat
gigi geraham atas bersambung ke gigi geraham bawah. (Takpe kalau tak dapat
imagine). Masa ni mulut tak dapat dibuka luas. Kesopanan diri lebih terserlah
ketika bercakap mahupun ketawa. Tapi masa makan kena buka takut tergigit rubber
band. Pernahlah lupa buka, akibatnya getah tertanggal dan terlastik tepi mulut.
Sakit….dush!!!
Sepanjang memakai braces, setiap kali lepas makan, kena
cepat2 pegi depan cermin nak check samada ada makanan tersangkut tak kat celah2
besi. Kawan-kawan pun dah faham. Lepas makan, kena bagi ruang kat minah gigi
besi ni buat pemeriksaan mulut kat washroom.
Antara pantang larang masa pakai braces ialah jangan
mengerah tenaga gigi hadapan untuk mengoyakkan makanan. Maknanya, kalau makan
tu jangan gigit dengan gigi hadapan. Hendaklah makanan tersebut dikoyak
menggunakan jari-jemari atau pun potong kecik-kecik menggunakan sudu garfu atau
pun pisau.
Bagi yang suka makan sate, sate tersebut boleh dicabut dari
sticknya dan letak terus dalam kuah. Pastu guna sudu dan makan seperti makan
bubur.
Apa yang best tentang pemakaian braces ni ialah, ada
aksesori disediakan untuk mencantikkan braces. Ia berupa gelang-gelang kecik
yang diikat pada setiap besi. Ada
pelbagai pilihan warna. So, setiap kali review appointment (penukaran tali
braces untuk mengetatkan lagi ikatan dan menolak lagi gigi ke dalam), akan bertukarlah
color gigi…hehehe.
Ada pelbagai pilihan warna yang menarik...
Sepanjang proses penolakan gigi ke dalam, gigi dan gusi akan
menjadi sensitif. Jadi jangan berkasar sangat dengan mereka. Haruslah mereka
ini dibelai mesra dan diberi galakan untuk terus berjuang agar gigi sampai ke
destinasi yang dimahukan. Masa berus gigi pun kena slow-slow. Gusi boleh
terluka kalau kasar sangat.
Perkara yang paling mendebarkan ialah bila rawatan sampai ke
penghujung di mana dentist membuat pengumuman penting bahawa jodoh antara si
pemakai dengan pendakap gigi akan berakhir. Masa tu tertanya-tanya, macam mana
lah rupa aku nanti.
Namun begitu, setelah berpisah secara rasmi, rawatan belum
lagi berakhir. Kita kena pakai retainer untuk memastikan gigi kekal di dalam
kedudukannya sekarang. Di gigi bawah, dentist gamkan dawai dari dalam. So, tak
nampak dah lah besi dari luar bila senyum. Di gigi atas pula, dibuat sarung
plastic yang harus dipakai setiap masa. Tapi masa makan kena buka. Rupanya
seperti gigi palsu tak cukup sifat. Masa pakai tak nampak macam sedang pakai
kerana ia berwarna lutsinar.
Comelkan gigi saya *smile*
Dengan ini sekian sahaja kisah perjalanan sekumpulan gigi
dari hadapan ke dalam mulut. Secara tidak langsung perubahan rahang dan bentuk
wajah juga berlaku.
Sebenarnya, kesakitan memakai braces tidaklah terlalu parah
jika dibandingkan dengan penyakit-penyakit kronik yang lain. Ia adalah satu
kesakitan yang mampu ditanggung. Apabila selesai tempoh rawatan, rasa macam tak percaya je dah melalui tempoh
itu. Diingatkan bahawa kesakitan adalah pada 6 bulan pertama atau terdrag ke
setahun pertama je. Seterusnya, dah ok dah. Sakit sikit-sikit je. So, jangan
takut nak pakai braces, ok.
*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.
Jangan lupa like page saya ye.
Salam.kalau gigi tindan macam mana?? terima kasih..
ReplyDeleteSorry lambat reply. Gigi saya dulu pun bertindan. Dentist letak besi kat lelangit. Jadi gigi tu tertolak ke tepi supaya sebaris dengan gigi yang lain.
DeleteSalam.boleh kah seseorang memakai pendakap gigi jika ada 2 batang gigi bertindan dan bertaring??
ReplyDeletehaha ni pun kelakar gak. but still informative
ReplyDelete