Friday, March 10, 2017

Keazaman Yang Kuat

Pernahkah dalam hidup anda, bila anda menceritakan keinginan anda yang kelihatan agak sukar dicapai, kemudian orang-orang di sekeliling anda akan kata, “ish, tak payah lah. susah tu,”. Malah ada yang akan cakap, “Lupakan je lah, tinggi sangat angan-angan tu,”


Hmm...biasa kan dengar orang cakap macam ni kat kita. Nak pulak dengan gaya bersahaja diorang tu...mesti rasa down kan.


Tapi kan….suatu keajaiban bila akhirnya anda betul-betul dapat mencapainya.


Akhirnya anda sampai ke puncak



Atau menggenggam kejayaan anda


Mari kita ambil sedikit masa untuk renung sejenak, kenapa bagaimana susahpun, akhirnya kita dapat mencapainya.
Hmm...aku ni ada kebolehan macam ni, ada kekurangan macam tu...


Sebenarnya, dalam ramai-ramai orang yang ada dalam hidup kita, kitalah yang paling kenal siapa diri kita. Kita tahu apa yang kita fikir dan rasa. Kita tahu apa yang kita nak dalam hidup kita.

Perasaan INGIN yang sangat kuat di dalam diri akan mendorong kita mencari cara untuk mendapat apa yang kita nak. Misalnya:

1. Mengkaji benda/orang/perkara yang kita nak

Owh...macam ni rupanya benda yang aku nak ni


2. Membuat rujukan cara-cara orang yang telah berjaya mendapatkan apa yang mereka inginkan


Owh...macam ni cara mereka berusaha ye


3. Menjauhi mereka yang akan berkata “anda tak boleh”


Lari...dan lari sejauhnya


4. Dan yang paling penting sentiasa berdoa untuk mendapat apa kita nak. Ya, doa. Itulah kekuatan kita. Doa memberikan harapan pada kita untuk terus berusaha mencapai apa yang kita nak.


Minta lah apa-apa pun jua keinginan anda kepada Yang Maha Esa


Oleh itu, bertahanlah, bersabarlah dan berpegang teguh pada keinginan diri kita selagi mana ianya tidak mendatangkan mudarat pada diri, orang lain dan alam sekeliling.
Kejarlah apa yang kita inginkan. Ketika merasa lelah, berdoalah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk mencapai apa yang diimpikan.

Semoga anda semua berjaya mencapai keinginan anda.

Alhamdulillah, impian saya untuk menulis buku sendiri telah tercapai. Buku nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.

Jangan lupa like page saya ye.


Credit gambar : Uncle Google

Wednesday, May 14, 2014

Aku, Dia Dan Pendakap Gigi (Episod 2)

Selepas beberapa hari, maka tiba giliran gigi atas sebelah kiri pula untuk dicabut. Bagi yang tak tahu apa yang berlaku beberapa hari sebelum tu, boleh klik kat sini (apa yang berlaku sebelum ni?)

Untuk gigi ni, dia tak degil sangat. Tak banyak kerenah masa dicabut. Ketakutan pun kurang sikit sebab dah tahu Klinik Pergigian Dr. Zaid yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam ni, tak sakit kalau kita buat rawatan gigi di sini. Sebab dia akan spray bius dulu sebelum injection. Pada hari tersebut tidak ada tragedi oktober mahupun sembilu yang berlaku kerana sudah mengambil iktibar dari kejadian lepas.

Selepas gigi dicabut, kena tunggu beberapa hari sebelum diletakkan benda2 kecik yang berbentuk segiempat tu di gigi. Benda tu tak memberatkan gigi. Juga tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Dentist kata nak bagi biasakan diri dengan kehadiran besi-besi tu sebelum rawatan yang sebenarnya. Mula-mula rasa pelik dan malu sebab ada benda warna hitam kat setiap batang gigi. Ditambah pulak dengan rongak.

Yang ni tak sakit langsung....hehehe...

Selepas 2 minggu, barulah dentist letak benda yang macam tali tu kat gigi. Disangkut pada besi2 kecik kat gigi tu. Tali tu nampak je halus tapi beratnya untuk ditanggung gigi. Ringan mata yang memandang, berat sungguh rasa gigi menanggung berat dan kesakitan. Terasa gigi ditolak ke dalam mulut. Sakitnya, macam kalau kita terlanggar gigi dengan mug. Tapi ni versi setiap batang gigi tu terasa sakit + kesakitan tu berpanjangan. Berhari-hari malah sepanjang masa.

Ok je...takde lah sakit sampai tak boleh bangun dari katil.

Untuk menambahkan lagi penderitaan itu (kisah benar ini tidak ditokoktambah, malah sungguh benar-benar terjadi), ulser dalam mulut muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sungguh meriah kehadiran mereka akibat terkejut dengan kemunculan pendatang asing di dalam mulut. Kepala pula berdenyut sakit sepanjang masa dek kerana tekanan pada gigi yang memaksa mereka bergerak ke dalam.

Penderitaan ini bertambah-tambah terutama ketika cuaca sejuk, waktu malam dan di dalam bilik aircon. Sakit sampai menangis tak kira di mana jua. Di ofis mahupun ketika nak tidur malam. Panadollah teman setia ketika itu untuk mengurangkan kesakitan. Tapi ini bukan cara yang patut dicontohi oleh anda. Saya yakin anda lebih tabah dari saya. Chaiyok!!! Anda boleh menahan kesakitan ini tanpa bantuan Encik Panadol.

Sebagai seorang yang kuat makan, suka makan dan sentiasa nak mengunyah, kepayahan menahan diri daripada makan adalah suatu penyiksaan yang amat pada diri. Nasib baik ada kawan ajar, blend makanan dan telan dengan straw. Sob…sob…Masa tu berat badan turun dari 43kg ke 38kg.

Tak kira!!! Nak makan jugak!!!

Namun begitu, penderitaan yang penuh penyiksaan itu adalah pada setahun pertama je. Tahun seterusnya, mulut dan warga di dalamnya sudah beradaptasi dengan pendakap gigi. Jadi kehidupan sudah mula normal. Cuma kalau setiap 6 minggu sekali kena ketatkan tali braces tu, masa tu sakitlah dalam 2 ke 3 hari.

Kiter tak faham kenapa kiter dijadikan model dalam citer ni sedangkan kiter takde gigi lagi. Maybe sebab kiter ada happy smile.

Sebenarnya, pemakaian braces bukanlah terlihat pada mata kasar iaitu di bahagian hadapan gigi sahaja. For my case, di bahagian lelangit di letakkan besi juga selama beberapa bulan. Kalau ada makanan terlekat kat situ, nak buang memang amat payah lah. Dah setel bab letak besi kat lelangit, kena pulak pakai rubber band yang disangkut kat gigi geraham atas bersambung ke gigi geraham bawah. (Takpe kalau tak dapat imagine). Masa ni mulut tak dapat dibuka luas. Kesopanan diri lebih terserlah ketika bercakap mahupun ketawa. Tapi masa makan kena buka takut tergigit rubber band. Pernahlah lupa buka, akibatnya getah tertanggal dan terlastik tepi mulut. Sakit….dush!!!

Sepanjang memakai braces, setiap kali lepas makan, kena cepat2 pegi depan cermin nak check samada ada makanan tersangkut tak kat celah2 besi. Kawan-kawan pun dah faham. Lepas makan, kena bagi ruang kat minah gigi besi ni buat pemeriksaan mulut kat washroom.

Antara pantang larang masa pakai braces ialah jangan mengerah tenaga gigi hadapan untuk mengoyakkan makanan. Maknanya, kalau makan tu jangan gigit dengan gigi hadapan. Hendaklah makanan tersebut dikoyak menggunakan jari-jemari atau pun potong kecik-kecik menggunakan sudu garfu atau pun pisau.

Bagi yang suka makan sate, sate tersebut boleh dicabut dari sticknya dan letak terus dalam kuah. Pastu guna sudu dan makan seperti makan bubur.

Apa yang best tentang pemakaian braces ni ialah, ada aksesori disediakan untuk mencantikkan braces. Ia berupa gelang-gelang kecik yang diikat pada setiap besi. Ada pelbagai pilihan warna. So, setiap kali review appointment (penukaran tali braces untuk mengetatkan lagi ikatan dan menolak lagi gigi ke dalam), akan bertukarlah color gigi…hehehe.

 
Ada pelbagai pilihan warna yang menarik...

Sepanjang proses penolakan gigi ke dalam, gigi dan gusi akan menjadi sensitif. Jadi jangan berkasar sangat dengan mereka. Haruslah mereka ini dibelai mesra dan diberi galakan untuk terus berjuang agar gigi sampai ke destinasi yang dimahukan. Masa berus gigi pun kena slow-slow. Gusi boleh terluka kalau kasar sangat.

Perkara yang paling mendebarkan ialah bila rawatan sampai ke penghujung di mana dentist membuat pengumuman penting bahawa jodoh antara si pemakai dengan pendakap gigi akan berakhir. Masa tu tertanya-tanya, macam mana lah rupa aku nanti.

Namun begitu, setelah berpisah secara rasmi, rawatan belum lagi berakhir. Kita kena pakai retainer untuk memastikan gigi kekal di dalam kedudukannya sekarang. Di gigi bawah, dentist gamkan dawai dari dalam. So, tak nampak dah lah besi dari luar bila senyum. Di gigi atas pula, dibuat sarung plastic yang harus dipakai setiap masa. Tapi masa makan kena buka. Rupanya seperti gigi palsu tak cukup sifat. Masa pakai tak nampak macam sedang pakai kerana ia berwarna lutsinar.

Comelkan gigi saya *smile*

Dengan ini sekian sahaja kisah perjalanan sekumpulan gigi dari hadapan ke dalam mulut. Secara tidak langsung perubahan rahang dan bentuk wajah juga berlaku.

Sebenarnya, kesakitan memakai braces tidaklah terlalu parah jika dibandingkan dengan penyakit-penyakit kronik yang lain. Ia adalah satu kesakitan yang mampu ditanggung. Apabila selesai tempoh rawatan, rasa macam tak percaya je dah melalui tempoh itu. Diingatkan bahawa kesakitan adalah pada 6 bulan pertama atau terdrag ke setahun pertama je. Seterusnya, dah ok dah. Sakit sikit-sikit je. So, jangan takut nak pakai braces, ok.

*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.


Jangan lupa like page saya ye.


Aku, Dia Dan Pendakap Gigi (Episod 1)

Saje nak bagi title ala-ala drama. Aku merujuk kepada diriku. Dia tu boleh jadi dentist, pembantu dentist, pakcik driver teksi atau mana-mana watak yang muncul dalam cerita ni. Pendakap gigi atau braces adalah besi2 comel yang pernah singgah dalam hidupku dan menemani perjalanan hidupku selama 4 tahun lebih. Kalau ikut estimation dentist, dalam 3 tahun tu dah boleh buka dah. Tapi disebabkan selalu delay review appointment, maka terdrag ke 4 tahun ++.

Tujuan penceritaan ini adalah nak bagi jawapan kepada soalan yang sama tapi diberikan bertalu-talu dan bertubi-tubi oleh orang disekelilingku. Soalan berbunyi, “Pakai braces sakit tak?” Jawapannya ialah “Ye, sakit”.

Ouch!!! Sob...sob...

Ok, mari kita soroti kronologi pemakaian braces yang dikatakan mampu mencantikkan senyuman di wajahmu, wajahku dan wajah mereka.

Mula-mula, kena jumpa dentist. Dia akan tengok samada gigi & gusi kita tu layak tak dibuat decoration baru ala-ala Eric Leong “Surprise!”.

Beliau takde kena-mengena dalam cerita ni. Tapi I harap you boleh surprisekan rumah I, Eric. I adore your creativeness

Nanti akan ada benda yang sejuk lembut ala-ala tanah liat untuk membentuk acuan gigi asal. Masa ni, tak ada kesakitan langsung. Cuma, debaran yang kuat di hati kerana tak tahu sakit ke tak & what will happen next. So, what will happen next? Yes, seterusnya debaran hati akan bertambah kuat kerana dentist mula memilih gigi mana yang akan mengorbankan dirinya demi kebahagiaan rakan-rakan seangkatannya. Dalam erti kata lain, demi membolehkan gigi-gigi lain berada di posisi yang dimahukan, beberapa batang gigi akan dikorbankan untuk mewujudkan ruang kosong (atau dipanggil rongak sementara). Nanti bila dah pakai braces, gigi akan masuk ke dalam dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Jumlah gigi yang dicabut berbeza mengikut gigi masing-masing. For myself, kena cabut 3 batang. Dua kat atas, satu kat bawah. Nak cabut gigi, kena datang 2 kali ke dentist.

Mana dia budak nakal, kita cabut semua gigi dia...hehehe!!!

Kali  pertama, cabut gigi belah kanan. Atas dan bawah. Nak dijadikan cerita, gigi bawah tu amatlah tak nak berpisah dengan tuannya ini. Sudah puas dipujuk, beliau tidak mahu juga pergi. Daripada nervous, terus rasa nak gelak. Sebab dentist dah tarik2 guna besi yang untuk cabut tu, kepala dah goyang2 180 darjah. Akhirnya perlawanan di antara besi pencabut (tak tahu istilah sebenar, kita guna istilah orang kampong je, ok) dan gigi kanan bawahku berakhir dengan kemenangan memihak kepada si gigi. Sang besi pulak terpelanting ke sudut dinding klinik. Masa tu memang nak tergelak tapi disebabkan bius yang semakin ditambah dosnya (akibat kedegilan gigi tadi) menyebabkan bibir terasa sangat kembang dan tak dapat digerakkan. Akhirnya, dentist membuat keputusan untuk membedah gusi dan mengeluarkan gigi tersebut.

Akibat pembedahan kecil itu, darah mengalir keluar dari mulut tanpa henti. Jadi, kapas yang tebal dimasukkan ke dalam mulut untuk serap darah. Keluar je dari klinik, terus tahan teksi, nak minta hantar gi Carrefour Subang. Nanti kawan ambik kat sana.

Masa tahan teksi, terus masuk duduk kat depan. Sebab kalau duduk belakang tak boleh nak berkomunikasi dengan si dia a.k.a pemandu teksi. Disebabkan mulut memang tak boleh digerakkan langsung, maka terus bagi bahasa isyarat kat pemandu teksi untuk dapatkan kertas. Pemandu teksi tu pun bagi newspaper and pen. Orang yang baru lepas cabut gigi tadi tulis lah nama tempat yang hendak dituju. Pemandu teksi mengangguk dan ambik pen & newspaper tu. Pastu dia tulis RM15 dan buat bahasa isyarat. Oh, no!!! Rupanya si dia ingat bahawa diriku tidak boleh bercakap dan mendengar. Setelah sampai di Carrefour Subang, dengan penuh susah payah cuba mengucapkan terima kasih sambil menunjuk isyarat bahawa baru lepas cabut gigi. Pemandu teksi tu pun senyum2.

Bila dah sampai Carrefour Subang tu, sementara menunggu kawan yang habis kerja pukul 5, maka seronoklah berjalan mencuci mata di situ. Terlupa yang baru lepas kehilangan dua batang gigi yang banyak berjasa sepanjang hayatnya kepadaku. Bila penat, duduk kejap kat bangku sambil main handphone. Tapi rasa pelik sebab ramai sungguh mata di Carrefour itu memandang diriku tak kira apa jua yang ku lakukan. Samada tengah duduk, berjalan, belek2 barang. Tak kira tua muda, lelaki perempuan, dewasa kanak-kanak, cina melayu india. Aah!!! Apakah seorang gadis yang baru kehilangan dua batang gigi tiba-tiba nampak begitu cantik, bersinar-sinar dan bercahaya? Sungguh misteri pandangan mereka sehingga diriku yang jenis tak peduli hal sekeliling ni jadi rasa sangat tak selesa.

Tiba-tiba ternampaklah sehelai tudung yang cantik. Maka gatallah tangan nak ambik dan cuba letak di kepala. Masa berdiri depan cermin tu, baru perasan bahawasanya darah telah mengalir keluar tanpa henti dari bibirku sehingga jatuh ke dagu dan bajuku. Akibat dos bius yang belum hilang, kekebasan di bahagian mulut telah menyebabkan diriku tidak merasa apa-apa tentang pengaliran darah tersebut. Owh…malunya! Rupa-rupanya seluruh warga Carrefour Subang merasa pelik dan hairan melihat drakula shopping di situ. Cheh!!! Nampak tak betapa window shopping juga mampu membuatkan seorang wanita kehilangan arah dan lupa diri?

Eh, malu!!! Cepat2 pegi ke toilet untuk membersihkan diri. Lepas tu terus menyopankan diri dan duduk diam-diam kat bangku tunggu kawan datang ambik. Sambil2 tu tutup muka takut2 tertukar kepada watak drakula sekali lagi.

 Kiter malu tadi kiter kantoi kat Carrefour Subang. Jadi kita tutup muka separuh.


Akan bersambung di episode kedua


*Iklan : Saya ada jual nota tuisyen yang dilengkapi dengan dialog penerangan seolah-olah ada guru yang mengajar di sisi anda.

Jangan lupa like page saya ye.






Thursday, April 11, 2013

Behind My Smile



Behind My Smile
There is a broken heart
For everything that they did

Behind my smile
There is a big regret
For letting go the precious thing I have for them
But they never appreciate

But behind my smile
There is a strong spirit
That helps me to face everything

Things that doesn’t kill me make me stronger
And make who I am today
Yet, I still keep my smile



Friday, December 14, 2012

Things I Don’t Understand


#Why contractor and client need to entertain each other for the project? Can they just get the best deal, then the contractor focusing on make the job done on time and the client pay them as promises? Escape the entertaining part. It’s wasting time and money.

#Why when we were small, we have been taught to be a good person. Do not lie, do not hurt others. Don’t be selfish, don’t do bad things. But when I grew up, people who did all this “don’t” are the one who success.

#Why when we fall on someone, we suddenly change to someone we do not know? We can’t be the real us in front of them. Suddenly the talkative can be speechless, the naughty one can be so polite. And why is it so hard to confess our feeling?

#Why professional people have to show their fierce face, no smile, no jokes, and no laugh during work? It’s so stress. Can we just do works in a comfortable way and as long as we can finish them as expected? But still remain our smile, laugh and happy mode. I believe less stress can lead to a better result. And better result is a professional =)

#Why some people choose to hide the truth rather than telling them? This makes things complicated. Can we just be honest and just straight forward? Make it simple. Less headache you will get.


Saturday, November 17, 2012

We Need Others


The surgeon cannot operate themselves.

The barber cannot cut their own hair.

The counselor needs someone to talk to.

The actor cannot act alone.

It takes two for tango.

A died man cannot bury themselves.

Even a hero need to be save ~ Smallville

*What I am trying to say here is no one can live in this world alone. Each has pair or their group. We belong somewhere.

So do give and do take. Everybody is special and we complete the world. 




Friday, October 12, 2012

Punyalah Minat Kat KRU


Punyalah minat kat KRU – dalam bilik tidur penuh poster KRU. Ada poster tu siap ada signature tulen KRU tau. Kalau ada sedara atau kawan datang rumah, ajak diorang lepak bilik. Nak show off la katakan.

Punyalah minat kat KRU – Sanggup ikat perut nak jimat duit belanja untuk beli kaset KRU, majalah yang ada pasal KRU.

Punyalah minat kat KRU – Ada koleksi gambar2 KRU dari magazine & newspaper, siap ada file lagi. 4 file semuanya.

Punyalah minat kat KRU – Masa first time dapat bertentang mata ngan KRU (form 5), siap dapat bersalam lagi, punyalah happy. Baliknya, demam tak boleh bangun 3 hari.

Punyalah minat kat KRU – Masa time sekolah, nak gi show KRU, sanggup escape gotong royong. Cakap kat pengawas ada tuisyen. *sorry kakak2 pengawas*

Punyalah minat kat KRU – Ada sekali tu show KRU clash ngan bestfriend kiter punya dance show. Kiter cakap kat bestfren kiter, kiter tak dapat tgk show dia pasal kiter nak study nak SPM time tu. Tapi kantoi sebab kakak dia pun ada datang show KRU and nampak kiter naik stage bergambar ngan KRU. Terima kasih bestfrenku, Sera sebab tak marah. And sorry ye…hehehe

Punyalah minat kat KRU – Ketiga2 sekolah saya ada program permintaan lagu setiap kali waktu rehat. (sekolah rendah, menengah rendah and menengah atas). Kuota lagu setiap kali rehat adalah 3 – 4 lagu. Tapi salah satu mesti lagu KRU sebab kiter pagi2 akan hantar kaset kiter kat DJ. Kena bayar tau nak request lagu.

Punyalah minat kat KRU – kiter penah fikir nak jadi bibik kat rumah KRU. Time tu KRU masih bujang lagi lah. Konon senang nak skodeng anak bujang Uncle Halim and Aunty Zarina….hehehe

Punyalah minat kat KRU – kiter siap mimpi pasal KRU. Banyak kali. Penah kiter mimpi KRU jadi cikgu lukisan sebab masa tu kiter dapat tau Yusry suka melukis. Pastu mimpi KRU datang rumah lah dan banyak lagi mimpi KRU yang indah2.

Punyalah minat kat KRU – Form 4. Kiter penah mimpi kawin ngan satu budak yang kiter tak kenal. Dalam mimpi tu kita nangis tak nak kawin ngan dia. Sebab kiter nak kawin ngan Yusry…hahaha. Boleh pulak sampai termimpi.

Punyalah minat kat KRU – kiter sering membawa fenomena KRU ni ke mana saja berada. Sampaikan kawan2 kat sekolah, matrik & university kenal mendalam dengan KRU dan ada yang ikut kiter datang ke event KRU. Baru2 ni kiter telah berjaya menanamkan perasaan minat seorang budak berusia 7 tahun. Sekarang dia cakap, “saya pun dah ada artis kesukaan, KRU”…hehehe

Punyalah minat kat KRU – First photo dengan Yusry, kiter cuci banyak2. 1) simpan dalam wallet kiter 2) letak kat ruang tamu rumah, bagi orang nampak 3) tampal kat bilik di hostel…dan banyak lagi. Kalau boleh nak bagitau satu dunia kiter ambik gambar ngan Yusry.

Punyalah minat kat KRU – Semua teks book kiter dibalut dengan plastic tapi kiter selitkan gambar2 KRU di depan. Jadi kalau tercicir buku, tak payah tengok nama siapa, kawan2 pun tahu itu buku kiter. Satu hari lecturer fizik terjumpa buku kiter and angkat dalam kelas. Dia tanya, “buku sape ni?” Satu kelas jawab, “Azura”.

Punyalah minat kat KRU – Kiter suka pakai pencil box tin. Time sekolah rendah digunakan untuk ketuk kepala budak yang kacau kiter / yang kiter nak kacau…hehehe. Dah minat ngan KRU, kiter tampal gambar diorang dalam tu. Sumber inspirasi.

Punyalah minat kat KRU – kiter sanggup apply study kat KL / Selangor. Janji senang nak jumpa KRU. Kiter keje pun kat KL area.

Punyalah minat kat KRU – Zaman kad raya masih digunakan, kiter every year hantar kad raya kat KRU. Penah sekali KRU balas, kad tu jadi khazanah berharga dalam hidup kiter.

Punyalah minat kat KRU – Kiter selalu bagi hadiah. Jujur lah ye. Bagi kat Yusry…hehehe. Tiap kali birthday dia. Masa duk hostel, kiter paksa kawan temankan beli hadiah. Pastu resit kiter simpan. Konon kalau Yusry kawin orang lain, kiter nak claim balik. Tapi dah besar ni, tak de lah buat benda camtu. Kiter ikhlas.

Punyalah minat kat KRU – masa matrik kiter jadi instructor aerobic. Lagu2 yang digunakan semua lagu2 KRU. Pastu budak2 kata, ada lagu lain tak. Ok, kiter tukar. Tapi lagu2nya adalah lagu2 ELITE, X-Factor, Tyco…hehehe. Itu je kaset yang kiter ada masa tu. And kiter tak nak guna kaset orang lain. Sebab bukan KRURecord punya label…hehehe.

Punyalah minat kat KRU – tahun 2002, kat depan ofis KRU di setiawangsa masa open house raya kiter telah berlari2 dengan high heel dan meredah orang ramai yang berpusu2 nak jumpa KRU. Time tu KRU baru keluar kereta. Akhirnya, kiter berjaya ke depan. Terus nak ambik gambar Yusry. Tiba2, break tak makan. Jatuh terbaring depan Yusry *malu giler* Tapi dengan penuh gentleman nya Yusry tolong angkatkan kiter…hehehe. Pastu akibat kecederaan yang teruk di elbow kiter, terpaksa la pegi ke nearest pharmacy. Rupanya bukan setakat skin, isi pun terkoyak sikit. Hadui…rasa nak pitam. So, rehat kejap di masjid besar kat tepi jalan tu. Pastu dah petang sikit datang balik dalam keadaan tangan berbalut. Mission nak bergambar dgn KRU tak tercapai lagi kan. Tapi yang best nya, sebab Yusry ingat kiter yang jatuh depan dia tu. Masa tengah berebut2 nak ambik gambar ngan Yusry, dia pegi kat kiter dulu dan setelkan urusan fotoshoot kami…hehehe. Pas kejadian tu, adalah few months suffer. Sakit back bone tak leh gerak sangat. Tapi dah OK sekarang. Cuma scar kat elbow tu tetap dibiarkan. Scar terindah =)

Punyalah minat kat KRU – masa launching Cicakman di Times Square. Sebab tak sabar nak jumpa KRU, kiter park and terus pegi ke event tu. Masa nak balik, panic kete hilang. Sejam jugak lah cari. Pastu, kiter mengambil iktibar kejadian tersebut dgn mengambil gambar no parking dan menghafal pintu masuk yang digunakan kalau masuk shopping complex.

Punyalah minat kat KRU – walaupun mempunyai kesemua koleksi lagu2 KRU, kiter tetap akan kuatkan radio / berhenti untuk dengar sampai habis lagu KRU kat mana2 kiter terdengar lagu tu. Tak pernah bosan.

Punyalah minat kat KRU – tak boleh sape2 pun cakap negative sikit je pun pasal KRU. Kiter tak suke. Kiter marah orang tu.

Punyalah minat kat KRU – Kiter selalu berangan nak kawin ngan Yusry. Tapi dah besar dah ni takde lah macam tu lagi. Lagi pun Yusry dah kawin, kan.