Kakak seringkali mendengar dan membaca tentang “sila jangan
jaga tepi kain orang lain” atau “mind your own business”
*Tutup mata tak nak tengok... **Picture credit : nunikutami.com - freeepik.com |
Kakak sendiri, bila ada yang menyibuk hal kakak, akan kakak
ungkapkan juga kata-kata itu. Aah…apa bezanya kakak dengan mereka?
*Hamboi....hakak...hihi **Picture credit : vector stock |
Tetapi bila kakak mendengar luahan perasaan dari kawan-kawan
yang suami mereka abaikan isteri dan anak-anak, atau kakak melihat kanak-kanak
dan remaja yang kelihatan terumbang ambing hidupnya, kakak tertanya-tanya
sejauh manakah “sila jangan jaga tepi kain orang lain” itu terpakai.
Pernah tak you all terfikir perkara yang kakak fikir ni?
Sebenarnya apa patut kita buat ya?
*Sebenarnya takde lah kakak stress sangat berfikir macam ni **Picture credit : pngtree |
Bila ada kawan-kawan kakak yang merupakan isteri-isteri yang
diabaikan ni membuat luahan perasaan kepada kakak, naluri ultraman yang berada
dalam jiwa kakak ni meronta-ronta nak membantu.
Ingin saja rasanya kakak membawa masalah mereka ni ke
pejabat agama untuk membuat rujukan. Tapi golongan isteri yang masih sayang kan
suami ni akan menahan kakak dari melakukannya.
*Tangan berwarna-warni yang menghalang kakak |
Kata mereka, “Usah lah cerita ini dipanjangkan ke mana-mana.
Aku hanya ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati,” Sambil mereka
meneruskan luahan perasaan mereka tentang duit tak cukup, anak-anak terabai dan
sebagainya.
**Picture credit : movieweb |
Seringkali jugak kakak muhasabah diri kakak. Kenapa kakak
sering dijadikan sebagai kaunter aduan untuk masalah rumah tangga?
Mungkin jugak kerana kakak seorang yang cepat bersimpati?
Atau sebab kakak ni pelupa? Lepas dengar, mesti tak pandai nak cerita kan
balik…hehe. Atau juga kakak mempunyai gaya seorang kaunselor?
Gigih sel-sel otak kakak berhubung untuk mencari jawapan
bagi persoalan ini. Namun kehampaan yang kakak temui.
*Ish...ish...sampai hilang mata, hidung dan mulut kakak berfikir...hihi **Picture credit : guidedpath edge |
Sejujurnya, kakak terlalu bersimpati terutama bila mendengar
cerita tak cukup duit nak beli susu dan pampers anak. Kakak sungguh faham
situasi berada dalam kesempitan kewangan. Kerana sebagai insan biasa, kakak
juga pernah mengalami masalah itu.
Syukurlah kakak hanya perlu mengikat perut kakak sendiri
saja. Walaupun ia tidak menjadikan pinggang kakak ramping bak kerengga merah
yang sakit gigitannya itu.
*Kau jangan nak libatkan aku dalam hal ni **Picture credit : pinterest |
Ingin saja kakak lari keliling dunia dan memberitahu kepada
para suami dan ayah, “Jangan abaikan isteri dan anak anda,” Ingin saja kakak
memberi ceramah motivasi percuma kepada penjenayah-penjenayah rumah tangga ini.
Namun…harus kakak sedari, kakak TIDAK BOLEH MENJAGA TEPI
KAIN ORANG LAIN.
**Picture credit : 123RF.com and pngtree.com |
Lalu apa lagi yang harus kakak lakukan? Ingin membantu dari
segi kewangan, berapa saja lah sangat kakak dapat membantu? Kalau dapat bantu
pada bulan ini, bagaimana dengan bulan depan?
Keinginan kakak untuk mengetahui sejauh manakah batasan kita
untuk tidak menjaga tepi kain orang lain kini semakin membuak-buak. Sudah tidak
dapat dibendung lagi.
Lalu kakak gerakkan jari jemari kakak menaip satu per satu
huruf di blog yang sudah lama kakak tinggalkan ini.
*Ini bukan jari kakak **Picture credit : wikiHow |
Harapan kakak semoga semua kita termasuk di luar sana
sentiasa berada dalam kebahagian dan dalam rahmat Allah.
Marilah juga kita sama-sama berdoa untuk saudara muslim kita
yang sedang menderita di negara mereka akibat penindasan dan kekejaman yang
dilakukan ke atas mereka.